22 November 2011

Google sasar tarik 50,000 PKS

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Google Malaysia sasar 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengadakan laman web dan bergiat dalam talian dalam tempoh setahun melalui programnya, “Get Malaysian Business Online (GMBO)”.

Pengurus Negaranya, Sajith Sivanandan, berkata menarik 50,000 PKS menceburi perniagan dalam talian bukan satu masalah dan “apa yang kami mahu ialah menarik setiap PKS yang belum menjalankan perniagaan dalam talian untuk mengambil bahagian dalam program ini.” Setakat ini, hanya 100,000 daripada 700,000 PKS mempunyai laman web, katanya.

Sajith yakin syarikat itu boleh mencapai sasaran menarik kalangan perniagaan bergiat dalam talian kerana ia memberikan banyak faedah kepada PKS. Antara faedah-faedahnya ialah 10,000 PKS pertama akan ditubuhkan dalam talian dengan percuma dan satu kupon AdWords percuma bernilai RM200 akan ditawarkan kepada 50,000 pendaftaran pertama, katanya kepada pemberita selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan program itu.

GMBO adalah satu inisiatif seluruh negara oleh Google Malaysia yang dilancarkan dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, .my Domain Registry dan ITrain Malaysia Sdn Bhd untuk membantu PKS memulakan perniagaan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif ITrain, Bikesh Lakhminchand, perkata 1,000 PKS pertama yang mendaftar bagi program itu akan diberikan latihan percuma tentang cara-cara memulakan laman web dan selepas itu peserta latihan tersebut akan diberikan subsidi dengan bayaran dikurangkan kepada RM80 bagi setiap PKS.

Pembaharuan tahunan .com.my domain diberikan diskaun besar dan bayaran dikenakan hanyalah RM23. Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang mendapat capaian kepada kemudahan GMBO. - Bernama

Tangan ghaib masih ganggu UIAM

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana bertindak membatalkan program e-buku Datuk Saifuddin bertajuk ‘Kalau Saya Mahasiswa’ saat akhir atas alasan keselamatan kepada mahasiswa universiti itu.

Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berpendapat, alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM sangat remeh dan hanya bersifat teknikal iaitu mengelakkan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dibincangkan, sedangkan objektif yang sepatutnya dilihat hasil daripada wacana ini amat besar manfaatnya untuk mahasiswa.

“Sepatutnya program ini digalakkan kerana ia amat positif dan membina minda mahasiswa.

“DPPWP yakin, tidak ada unsur politik di sebalik penganjuran program ini memandangkan tokoh yang diundang adalah Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

DPPWP, ujarnya mengesyaki adanya tangan-tangan ghaib atau campurtangan politik sehingga program itu terpaksa dibatalkan saat akhir sedangkan segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin.

“Apakah kerana sikap keterbukaan serta kelantangan Datuk Saifuddin yang cuba membawa pendekatan baru dalam menangani isu mahasiswa serta Auku, maka beliau juga disenarai hitamkan?

“Apakah masalahnya jika AUKU turut menjadi isu perbincangan kerana ia dibincangkan secara ilmiah, bukan atas dasar sentimen semata-mata?” soalnya.

Lebih dari itu, ujarnya siapa lagi yang layak membincangkan isu itu melainkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri yang mempunyai autoriti dalam Auku.

Justeru, ujarnya DPPWP kesal kerana dalam keadaan UIAM mengejar status antara universiti yang ulung dan hebat di negara ini bahkan di rantau Asia, wacana intelektual dan ilmiah bagi mencambah minda mahasiswa dibatalkan.

UIAM, kata beliau sepatutnya menjadi pentas membina kematangan dan intelektualisme kelas dunia kepada mahasiswa, sesuai dengan statusnya sebagai universiti bersifat antarabangsa.

“Jika beginilah sikap pentadbiran UIAM, ia menunjukkan UIAM bukan semakin melangkah ke hadapan, tetapi semakin mengundur ke belakang.

“Sikap ini adalah mentaliti ketinggalan zaman yang membekukan minda mahasiswa dari berfikir secara rasional,” katanya.

Sudah tentu, katanya lagi UIAM tidak mampu melahirkan insan terbilang serta tokoh dan pemimpin negara di masa depan.

“Sebaliknya, keadaan ini hanya menghasilkan insan yang berjiwa kerdil, jumud, konservatif serta tidak berfikiran rasional,” katanya.

harakahdaily/-

Nelayan maut bot berlanggar

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SANDAKAN - Seorang nelayan terbunuh selepas botnya berlanggar dengan sebuah bot laju di sungai berhampiran Kampung Pamaguan, 10 batu dari sini semalam.

Habib Mohd, 71, seorang warga Filipina yang tinggal di Kampung Batu Putih dekat sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sandakan, Asisten Supritendan Gan Ping Sin.

Pemandu bot laju dan tiga lagi penumpangnya tidak mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 9 pagi itu, katanya di sini hari ini.

Beliau meminta pemandu bot laju itu, yang melarikan diri selepas kejadian, supaya tampil membantu polis dalam siasatan nahas itu. - Bernama

Kapal Korea Selatan Karam, Tujuh Hilang

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEOUL: Sebuah kapal milik Korea Selatan karam di Laut China Selatan dan tujuh anak kapal dilaporkan hilang, kata kenyataan rasmi negara terbabit pada Selasa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, 14 anak kapal berjaya diselamatkan daripada kapal ‘Bright Ruby’ seberat 15,000 tan yang karam pada tengah hari Isnin di selatan Hong Kong disebabkan oleh cuaca buruk.

Kapal tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat Korea Selatan.

Dalam kenyataan itu juga, kementerian terbabit memberitahu, pasukan penyelamat sedang menjalankan gerakan mencari anak kapal yang hilang tersebut.

Tiga daripadanya adalah warga Korea Selatan manakala bakinya adalah rakyat Myanmar.

Pasukan maritim Hong Kong menggunakan helikopter dalam bantuan mencari itu manakala pegawai dari Vietnam turut membantu untuk mengesan kedudukan kapal terbabit. - AP

Jejak Anak Muda dekati pengundi muda

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersepakat untuk melancarkan Jejak Anak Muda (JAM) yang akan dimulakan pada Disember ini bagi mendekati hati pengundi muda di seluruh negara.

Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pajabat Keadilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim memberitahu Pemuda Pakatan Rakyat akan melaksanakan satu program mendekati pengundi muda di seluruh negara.

"Kita telah bersetuju untuk melancarkan satu program Jejak Anak Muda (JAM) pada bulan Disember nanti bagi usaha untuk mendekati pengundi-pengundi muda serta matlamat kita dalam menyampaikan info-info terkini berkenaan dengan usaha Pakatan Rakyat.

"Program JAM akan kita lancarkan selepas retreat Pemuda Pakatan Rakyat di Johor nanti iaitu sebelum berlangsungnya Kongres AMK," jelasnya.

Shamsul juga memberitahu konsep JAM itu akan dilakukan menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi mahupun keretapi.

"Kita akan bergerak menggunakan kenderaan awam, kerana apa yang kita semua ketahui bahawa golongan pemudalah yang paling ramai menggunakan pengangkutan awam dan inilah cara terbaik untuk kita merasai sendiri apa yang mereka alami selain dari kita menyalurkan maklumat kepada mereka.

"Untuk permulaan kita akan fokus pada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan selepas itu kita akan memasuki negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Program ini akan berterusan sehingga tiba pilihanraya umum," sambungnya lagi.

Tambahnya, program itu akan diketuai oleh pemimpin-pemimpin utama Pemuda Pakatan Rakyat selain dari jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri.

Dalam pada itu juga beliau memberitahu selain daripada program JAM, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menubuhkan Sekretariat Khas Pemuda Pakatan bagi membincangkan setiap isu untuk menghadapi pilihanraya umum nanti.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memberitahu pada pilihanraya nanti, golongan pemuda adalah penentu kepada pemenang parti yang bertanding.

"Kita melihat pengundi muda akan menjadi penentu kepada menangnya parti yang bertanding dan satu yang luar biasa apabila pertambahan pengundi muda hampir dua juta.

"Kepada parti yang dapat mengambil hati pengundi muda adalah satu kejayaan. Jadi saya melihat program JAM ini satu cara terbaik untuk kita mendekati mereka," katanya.

Tambah Shamsul pula walaupun kita melihat sekarang sokongan pengundi muda berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tanpa kita mendekati mereka secara terus akan dapat mengurangkan keyakinan mereka.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut serta mesyuarat tersebut memberitahu sentimen pengundi muda sekarang ini memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Sokongan pengundi muda sekarang ini sudah memihak kepada Pakatan Rakyat dan kita tahu mereka mula beralih kerana melihat apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah pembohongan semata-mata.

"Golongan muda melihat apa yang telah dijanjikan oleh Najib sebelum ini dengan agenda tranformasinya tetapi tiada satu pun dapat dimanafaatkan oleh pengundi muda. Apatah lagi dengan penangkapan tiga belas orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Mereka melihat kalau sebelum ini janji Najib terhadap pemansuhan ISA tetapi dengan penangkapan tersebut membuktikan jelas Najib tidak bercakap benar melainkan hanya ingin membohongi rakyat," jelasnya.

Sebelum itu, mesyuarat tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan turut dihadiri Pemuda dari PKR, PAS dan juga DAP dalam mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi pilihanraya nanti.

Pemuda Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad Bola Sepak Harimau Muda yang telah berjaya mengalahkan Indonesia semalam dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea.

Harakah Daily

Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Anak kedua perdana menteri, Nazifuddin Najib telah meletak jawatan sebagai pengarah Harvest Court Industries Bhd.

Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.

Namun, pengumuman itu juga berkata, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan.

Pagi semalam, saham-saham Harvest Court terus melonjak kepada RM1.56, dengan 1.1 juta saham diniagakan, menjadikannya antara kaunter saham paling untung selepas kerugian dua hari lalu.

Nazifuddin dan Harvest Court menjadi tumpuan selepas dilaporkan harga saham syarikat itu melonjak kepada paras tertingginya dalam 11 tahun selepas pelantikan anak perdana menteri itu sebagai lembaga pengarah syarikat bulan lalu.

Harga sahamnya mencecah RM2.14 minggu lalu, iaitu 2,575 peratus lebih tinggi daripada harga 8 sen yang dicactatkan pada bulan Oktober.

Menurut laporan The Edge Financial Daily, pada 8 November lalu, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan beliau dilantik sebagai pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober lalu.

Chan dilaporkan mengambil alih kepentingan 13.83 peratus.

Nazifuddin, 28, merupakan anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, hasil perkongsian hidupnya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Pasangan itu bercerai pada tahun 1987. Najib kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Manakala Chan pula, seorang ahli perniagaan yang aktif di Sabah. Beliau memiliki sebahagian besar saham dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu. Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta.

malaysiakini/-
26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Wanita Pakatan Rakyat akan menggerakkan Kempen Anti Pecah Amanah dengan membuat laporan polis serentak di seluruh negara esok berhubung isu penyelewengan RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen ini digerakkan kerana sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meskipun siri pendedahan mengenai penyelewengan itu dilakukan PKR.

"Kami mewakili seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan wanita Malaysia ammnya akan bertindak membuat laporan polis meminta perkara ini disiasat segera," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, lima nama akan dinamakan dalam laporan polis tersebut iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menterinya kini, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan suaminya yang merupakan Eksekutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh.

Mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyelewengan RM250 NFC yang merupakan wang rakyat.

Tan Sri Muhyiddin terlibat meluluskan projek itu sewaktu beliau menjadi menteri berkenaan," katanya.

Laporan polis itu akan dibuat di 13 negeri iaitu Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar di Perlis, IPD Kota Setar, Kedah, IPD Teluk Intan, Perak, IPD Dang Wangi, Wilayah Persekutuan, IPD Seremban, Negeri Sembilan, IPD Melaka Tengah, Melaka, IPD Johor Bharu Selatan, Johor, IPD Dungun, Terengganu, IPD Kota Bharu, Kelantan, IPD Kota Kinabalu, Sabah, dan IPD Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf yang merupakan seorang peguam berkata, rakyat berhak membuat laporan polis kerana ianya melibatkan jenayah iaitu penyelewengand an penyalahgunaan wang rakyat dan melibatkan kredibiliti sesorang menteri.

"Ini bukan soal politik tapi soal jenayah, soal kredibilti menteri bertanggungjawab yang terus berdiam diri walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat," katanya.

Harakah Daily

RUU perhimpunan Aman cuba sekat hak rakyat - DAP

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Nov: DAP menggelarkan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini sebagai "Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram".

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, ianya kerana perkara yang termaktub dalam RUU yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pagi tadi lebih ketat dan menyusahkan rakyat yang mahu berhimpun secara aman.

"Ini bukan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman tapi "Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram kerana lebih teruk daripada dahulu.

"DAP amat kecewa kerana tidak perbaiki atau memberikan hak asasi berhimpun sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri.

"Sebaliknya ia mengetatkan lagi serta menyusahkan dan menambah denda dan ini mempunyai kesan sebaliknya iaitu mengurangkan ruang rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka secara aman," kata beliau pada sidang media di lobi Parimen hari ini.

Merujuk kepada kawasan larangan berhimpun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ianya seolah-olah melarang rakyat berhimpun di mana-mana tempat pun di negara ini.

Tempat larangan yang disenaraikan dalam RUU tersebut ialah empangan, takungan dan kawasan tadahan air, loji rawatan air, stesen penjana elektrik, stesen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, landasan keretapi, terminal pengangkutan awam darat, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina, tempat ibadat, tadika dan sekolah.

"Dalam jadual ini diyatakan kawasan larangan yang menunjukkan bahawa di Malaysia ini rakyat tidak boleh berhimpun di mana-mana pun kerana ia meletakkan syarat tidak boleh berada dalam jarak lima puluh meter daripada kawasan-kawasan uang disebutkan.

"Di Malaysia ini kita ada banyak masjid, tokong, kuil, stesen minyak, jadi bagaimna kalau rakyat tidak boleh berda di kawasan ini?" soalnya .

Turut dipersoalkan beliau mengenai denda yang akan dikenakan ke atas peserta himpunan yang dianggap "degil" iaitu tidak melebihi RM20,000.
Ini katanya lebih tinggi dariapda RUU sebelum ini.

"Selain tidak sebut bilangan orang dan sesiapa yang ada dalam sesuatu perhimpunan, di mana polis ingin mengambil tindakan dia boleh tangkap sesiapa dengan denda RM20,000," katanya.

Selain itu, antara kandungan RUU tersebut yang dilihat tidak munasabah ialah tiada protes jalanan dibenarkan, tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat,individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan, dan Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri.

RUU tersebut akan dibacakan untuk bacaan kali kedua minggu hadapan.

Harakah Daily

Pembangunan: Selangor sedia kerjasama dengan Pusat

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 22 Nov: Kerajaan Negeri Selangor tiada masalah untuk bekerja sama dengan Kerajaan Pusat dalam memastikan projek-projek pembangunan berjalan lancar, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika berucap kepada pelabur Jepun yang menghadiri The 30th Jameca – Majeca Joint Conference di Tokyo, semalam, Menteri Besar menegaskan, walaupun berbeza pandangan politik dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Selangor tiada halangan bersikap professional dalam pengurusan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan Negeri telah menunjukkan bahawa kita boleh bekerjasama. Saya adalah sebahagian dari Jawatankuasa Bersama antara Negeri dan Pusat untuk projek Greater Kuala Lumpur and Klang Valley dan saya telah bekerjasama dalam menyediakan tanah untuk pembangunan yang dirancang,” kata beliau yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar, di sini.

Beliau menambah, kerja sama itu membolehkan Kerajaan Negeri memastikan projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley diuruskan dengan telus dan memberi nilai maksima kepada rakyat.

“Sebagai contoh saya mendapat tahu RM5 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan sistem pembentungan. Saya harap pemilihan syarikat dibuat secara tender terbuka kepada syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuklah dari Jepun.

“Ini jelas menunjukkan perbezaan politik bukan masalah bagi saya. Sebab itu saya berada di sini untuk memantau jika pelabur Jepun ada masalah supaya kita dapat mencari penyelesaian bersama,” katanya yang menghadiri persidangan sehari itu sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Jepun.

Pada persidangan tersebut, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Mohd Atan telah membentangkan kertas kerja bertajuk Smart City Development.

Sementara itu, Presiden Majeca, Tan Sri Azman Hashim berterima kasih kepada Kerajaan Selangor dan peserta daripada Malaysia yang lain termasuk Khazanah Nasional dan Iskandar Investment Berhad yang menghadiri persidangan bertujuan mengeratkan lagi hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Azman berharap Jepun akan terus melabur di Malaysia dan mengembangkan pelaburan bukan saja dalam sektor perindustrian bahkan sektor perkhidmatan terutama perbankan dan kewangan Islam.

Hari ini, Menteri Besar menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia dan melawat kilang Sony di Konan Minato-Ku di Tokyo dan dijangka kembali ke Malaysia pagi esok (Rabu).


Harakah Daily

Pemuda PAS siap kumpul 500 jentera utama p'raya

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dalam rangka menghadapi pilihan raya umum, Pemuda PAS mendakwa telah mengumpulkan hampir 500 petugas "utama" jenteranya di peringkat negeri dan kawasan.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, ia dilakukan melalui konvensyen peringkat kebangsaannya baru-baru ini, sebagai antara persediaan menyeluruh mereka.

"Jentera pemuda PAS di semua peringkat bergerak lancar dengan program-program yang telah disusun untuk mendekati para pengundi terutamanya pengundi muda," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Sany berkata, pengisian program motivasi dan penumpuan gerak kerja yang teratur di saat akhir oleh pimpinan pusat PAS telah memberikan suntikan semangat juang baru.

Sementara itu, mengulas cabaran MCA supaya Selangor mengadakan pilihan raya serentak dengan dengan negeri lain, Mohd Sany menyokong keputusan menteri besar mahu menangguhkannya sehingga 2012 supaya peruntukan dalam belanjawan 2012 boleh diselesai dan diagihkan.

"Jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS melihat sepatutnya MCA perlu mencabar Umno supaya membaiki sistem pilihan raya dalam negara yang semakin tempang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang; daripada terus menerus menghamburkan fitnah dendam kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam dilaporkan mencabar Pakatan Selangor mengadakan pilihan raya negeri serentak dan mendakwaPakatan sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN.

harakahdaily/-

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Wakil DAP Aulong mengambil peluang berbahas, Adun oku itu bangun selepas itu menyatakan tidak mahu wakil dari katak jelapang yang duduk dikerusi speaker sebelum membayar hutangnnya merujuk isu dia menang kes di mahkamah kerana menyaman wakil jelapang itu.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 42 ) Pembahas yang sedang berbahas sekarang ialah wakil dari Kubu Gajah, yb Raja Ahmad

( 41 ) Sekarang perbahasan dari wakil Teja menghangatkan sidang dun pada petang ini.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 40 ) Adun Setiawan mendedahkan skandal yang di lakukan oleh pemimpin BN di perak. Katanya perak mengabaikan pelabur tempatan ditindas dan dihalau keluar. Mereka mampu menjadi pembekal makan kepada perak dinafikan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 39 ) Setiawan membantah kerana larangan ganesan dengan pengunaan perkatan rampasan kuasa. Dan terus menggunkan perkatan itu tanpa halangan

( 38 ) Pembahasa seterusnya ialah wakil pr dari setiawan dato ngeh khoo ham dengan mengatakan bahawa walaupun bencana tidak ada di perak namun perak dengan berlaku rampasan kuasa. Ganesan cuba menghalang dengan melarang pengunaan perkataan rampasan kuasa.

( 37 ) Sekarang wakil bn dari lintang berbahas.

( 36 ) Ucapan nizar menghangatkan dewan. Dengan dia cuba menyebutkan mengenai kedudukan kerajaan perak yang difatwakan haram seperti yang diusahakan oleh seorang perak bernama dato tasleem yang menjelajah serata dunia mendapatkan fatwa bahawa kerajaan perak haran seharam nya

( 35 ) Nizar juga mengulangi. Kenyataan bekas ketua hakim negara tun zaki mengenai penafian dia tidak terlibat dalam menentukan hakim dalam kes perak dan menunjukan siapakah kerajaan yang sah.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 34 ) Nizar merayu supaya masa diberilkan lebih panjang.

( 33 ) Berbagai lagi pendedahan Nizar yang didedahkan mengenai penyelewengan bn di perak. Ganesan nampaknya juga tidak tanah dengar pendedahan demi pendedahan dengan memberi amaran masa ada 5 minit lagi

( 32 ) Nizar juga mendedahkan 8000 ekar tanah hutan belum selatan ditukat kepada hutan simpan banding telah dianugerahkan kepada syarikat untuk ditebangkan balaknya dengan 100 ekar satu syarikat, nizar mohon penjelasan.

( 31 ) Nizar juga menuntut supaya kerajaan memperbanyakkan program kerohanian dengan meneruskan program penggalakan solat yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan pr satu masa dulu.

( 30 ) Katanya penduduk kampung yang telah mengusahakan tanah itu sekian lama mempersoalkan siapakah boneka nizar atau zambry?

( 29 ) Nizar juga mendedahkan bagaimana beberapa kes tanah yang pemilik umno yabg dirampas oleh kerajaan bn perak. Antaranya tanah 175 ekar yang di teroka oleh penduduk melayu diserahkan kepada seorang cina dengan syarikat bernama real neka sdn bhd.

( 28 ) Nizar juga memohon penjelasan bagaimana berlaku kemalangan sebuah lori pasir di behrang. Tanyanya apakah doket pasir keluar jam 4 pagi.

( 27 ) Nizar memohon penjelasan mengenai kes almarhum mohd firdaus yang tidak mendapat pembelaan dari pihak kerajaan. Cuba dibantah oleh sungai rapat dengan katanya kes masih di mahkamah tetapi dijawab oleh nizar kes telah selesai.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 26 ) Nizar juga bertanyakan soalan mengenai majlis penerangan negeri di kuala kangsar. Dengan hadir sekali 4 menteri pusat dan ditayangkan video lucah. Beliau bertanyakan berapakah kah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri

( 25 ) Nizar juga bertanyakan mengenai jumlah kos yang digunakan untuk ubah suai sebuah bas yang dinaiki oleh pm dan isteri dan menghangatkan dewan. Cuba dijawab oleh yb hamidah dan dibantah oleh adun pr kerana soalan itu kena dijawab oleh pangkor.

( 24 ) Wakil bin sudah kepanasan dengan pendedahan dari nizar dengan mengganggu ucapan Nizar

( 23 ) Nizar mempertikaikan mengenai sebidang tanah yang di mohon kepada beberapa syarikat tatapi ditolak tatapi dianugerahkan kepada yayasan perak dengan sarat yayasan perak berbincang dgn sesebuah syarikat lain.

( 22 ) Ganesan cuba menghalang nizar untuk mendedahkan mengenai isu lembu di pusat yg katanya tidak ada kaitan dengan bajet perak. Nizar menyatakan bahawa ianya ada kaitan kerana dalam bajet perak ada sebut kambing dan ternak lebah takut juga berlaku penyelewengan.

( 21 ) Sidang hangat dengan Nizar mendapat gangguan dari adun BN yang tidak tahan dengan pendedahan mengenai pengagihan wang rm 100 yang dipolitikkan oleh pemimpin BN.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 20 ) Laporan dari audit negara menggambarkan betapa laporan audit negara pada tahun 2008 menggambar betapa kalau lebih lama pasti lagi banyak kebaikan yang boleh di lakukan oleh pakatan rakyat.

( 19 ) Beliau menganggap syabas kepada rakyat yang buat perubahan pada tahun 2008 dan menyebabkan bajet kerajaan bn penuh dengan gula-gula yang diterima oleh rakyat yang telah dinafikan hak sekian lama.

( 18 ) Pengkalan hulu mengahiri perbahasan dan diteruskan oleh ketua pembangkang, dari Pasir Panjang Ds Nizar. Beliau memulakan dengan ayat al ahzab 32 sebagai mukadimah.

Tiga Angkasawan Selamat Mendarat

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MOSCOW: Kapsul roket Soyuz milik Rusia yang membawa tiga angkasawan pulang dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di Kazakhstan.

Angkasawan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Michael Fossum. angkasawan Rusia, Sergei Volkov dan angkasawan dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA),Satoshi Furukawa mendarat di bandar Arkalyk pada pukul 8.27 pagi (waktu tempatan) selepas menghabiskan berada selama 165 hari di ruang angkasa.

Seorang lagi angkasawan NASA, Dan Burbank dan dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov dan Anatoly Ivanishin kekal di ISS dan dijadualkan kembali ke bumi pada Mac tahun hadapan.

Mereka tiba di stesen itu pada Rabu dan pelancaran terbaru pada bulan hadapan akan membawa tiga lagi angkasawan mengekalkan semula jumlah kebiasaan krew di stesen tersebut, iaitu seramai enam orang. - AP

Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PUCHONG – Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) mendesak kerajaan menyediakan dana sebanyak RM250 juta kepada kira-kira 500 ahli persatuan itu seperti mana yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.

“Penternak yang juga ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Samad berkata, dengan kemudahan dana yang disedia­kan itu, mereka dapat membeli induk lembu, kambing dan kerbau, malah tidak mustahil pembangunan bidang ternakan menjadikan Malaysia antara negara pengeksport untuk produk berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan penternak sudah menceburi bidang ternakan lebih daripada 10 tahun dan mengetahui selok-belok industri yang dijalankan.

“Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia se­patutnya diberikan kepada penternak yang sudah ber­puluh tahun dalam industri ini.

“Persatuan memohon kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negeri ini,” katanya.

Sinar Harian

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 17 ) Perbahasan semakin hangat dengan pengkalan hulu menuduh ada exco semasa PR perintah naik atas meja. Tetapi bila di minta oleh speaker dun pr, YB Sivakumar tetapi tidak berikan laluan.

( 17 ) Pengkalan hulu memepertikaikan mengenai pengunaan pas masuk dan peraturan baru masuk dewan Perak yang tidak berubah masa PR perintah tapi berubah sesudah itu. Dia juga jangan sering ubah pegawai yg jaga dewan kenal siapa ahli dewan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 16 ) Pengkalan Hulu yang bangun sebagai pembahas pertama menjadi pembahas pertama dengan mengatakan dia akan berbahas selama 20 minit sahaja kalau tidak diganggu

( 15 ) Speaker ganesan mengumumkan mengenai perbahasan bajet dengan mengatakan peruntukan cuma waktu sepanjang 30 minit . Sefaham saya dan yb sivakumar waktu untuk pembahas pertama dari wakil kerajaan dan ketua pembangkang tidak ada hadnya.

( 14 ) Sessi soalan lisan tamat dan sekarang masuk kepada sessi perbahasan bajet

( 13 ) Soalan 7 dari wakil Buntung mengenai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Soalan tambahan dari wakil Menglembu mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah ternakan yang berkeliaran. Beliau juga mengatakan isu lembu hangat diperkatakan termasuk di dewan rakyat.

Kondom bertaburan di taman

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga. Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina. Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat. Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing. Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga. “Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu. “Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya. Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam. Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan. “Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan. “Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya. Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.

Sinar Harian

Terengganu: 3 tempat dilanda banjir

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Hujan lebat kebelakangan ini, menyebabkan beberapa negeri terutama Terengganu dan Johor, mula dinaiki air. Sejak dua hari lalu, tiga daerah di Terengganu, iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Marang, mula dinaiki air sehingga ada penduduk yang terpaksa dipindahkan.

Sehingga jam 3 petang semalam, tiga pusat peminda-han sudah dibuka bagi menempatkan 12 keluarga, membabitkan 47 mangsa yang dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air. Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri, Ahmad Redza Arshad berkata, di Setiu, seramai 30 mangsa dipindahkan ke Masjid Kampung Merbau Menyusut sejak jam 8 pagi.

“Di Hulu Terengganu, pusat pemindahan dibuka di balai raya Kampung Kolam, Ajil melibatkan 13 orang, manakala di Marang adalah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan empat orang,” katanya. Bagaimanapun, katanya, pusat pemindahan di balai raya Kampung Kolam, Ajil ditutup kira-kira 5.30 petang menjadikan keseluruhan mangsa yang tinggal adalah 34 orang. Menurutnya, hujan lebat juga menyebabkan paras air dua sungai iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan kini melebihi tahap berjaga-jaga, manakala sungai-sungai lain mencatatkan angka melebihi paras normal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga bagi kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun. Menurut kenyataan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu dijangka berterusan sehingga Khamis ini (24 November) dan ia akan menyebabkan banjir bagi kawasan yang berkedudukan rendah.

Di JOHOR BAHRU pula, seramai 495 mangsa daripada 119 keluarga dari Kampung Laut dan Kampung Poh Chee Leng di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Skudai Batu 10, di sini, semalam. Timbalan Ketua Pusatnya, Hairil Fitri Jaafar berkata, menerusi jumlah itu, seramai 469 daripada 115 keluarga dari Kampung Laut dan 26 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Poh Chee Leng termasuk 10 pelajar sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat berkenaan yang dibuka sejak 9.30 malam, kelmarin.

Sinar Harian

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 12 ) Manong cuma menjanjikan soalan saya akan dijawab secara bertulis sebelum sidang berakhir kepada persoalan yang saya bangkitkan.

( 11 ) Manong mewakili kerajaan negeri membebel dengan mengatakan titi serong jarang bertanyakan soalan mengenai titi serong. Saya membantah tuduhan liar dan tidak berasas itu dengan bangun memohon supaya dia menjawab soalan.

( 10 ) ‎1. Tanah lot PT 000572 seluas 28,140 metar/sekitar 3 ekar kepada syarikat simbol teguh sdn bhd 2. Apakah status keluasan tanah seluas 500 ekar di Kuala Bagan Tiang yang telah berpindah kepada orang perseorangan sedangkan tanah itu adalah rezab untuk RPT

( 9 )Soalan 5 dari wakil Titi Serong - mengenai masalah setinggan di perak. Titi serong juga bertanyakan soalah tambahan iaitu dengan mempertikaikan hasrat kerajaan negeri untuk mengatasi masalah setinggan yang digagalkan sendiri oleh dasar kerajaan dengan menyerahkan tanah yang strategik kepada orang perseorangan iaitu :-

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Macamlah adun perak adalah budak sekolah apabila sekiankalinya kami diberikan name tag dengan no 40.

Tahniah Harimau Malaya,persahabatan terjalin baik

26 zulhijjah 1432 H.


KUALA LUMPUR, 22 Nov: PAS mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 tahun yang mempertahankan pingat emas dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta, malam tadi.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan itu mengulangi kejayaan-kejayaan lepas.

Menurutnya, mutu permainan, semangat berpasukan dan motivasi yang cukup membolehkan skuad Harimau Malaya mendapat kemenangan.

“Kita berharap prestasi ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan bagi melayakkan Malaysia menyertai perlawanan di peringkat lebih tinggi.

“Tahniah juga kepada pasukan negara jiran Indonesia yang mendapat tempat kedua (pingat perak) dengan harapan persahabatan kita akan terus terjalin baik di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.


Harakah Daily

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 8 ) Jawapan dari wakil kerajaan dari Sungai Manik adalah melucukan dengan engatan dia tiada data sebenar mengenai jumlah peserta Perak yang terlibat di peringkat kebangsaan. Apa sudah jadi ?

( 7 ) Soalan tambahan ditanya oleh wakil Pantai Remis. Beliau menyatakan kebangaan dengan kejayaan harimau muda memenagi pingat emas malam tadi. Soalannya 1. Berapakah jumlah pemain Perak dalam kesebelasan utama pemain negera. 2.apakah langkah diambil untuk meningkatkan pencapaian atlit perak dalam sukma lepas iaitu no 1 dari bawah.

( 6 ) Soalan ke 3 oleh wakil Trong mengenai langkah kerajaan negeri menaikkan semula mutu kerajaan.

( 5 ) Titi serong juga mencadangkan supaya peruntukan RM 2 juta kepada seluruh kelab guru di perak diambil perhatian supaya digunakan untuk membantu anak yatim yang ada di sekolah termasuk membantu untuk membayar yuran.

( 4 ) Sesi soalan lisan sedang berlangsung..soalan ke 2 dari wakil pas selingsing mengenai anak yatim..titi serong bangun untuk bertanyakan soalan tambahan 1. Apakah takrif sebenar yang digunakan mengenai siapakah sebenarnya anak yatim 2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah pembinaan rumah anak yatim bagi setiap Daerah.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 3 ) Perkara ke 2 iaitu pengumuman dari speaker ganesan sebagaimana biasa supaya dipatuhi oleh semua ahli dewan

( 2 ) Pengumuman speaker ganesan masuk ke dewan dan dimulai dengan bacaan doa

( 1 ) Hari ke 2 sidang bajet dun perak - alhamdulillah saya sudah selamat sampai di dewan pada jam 9.45 sebentar tadi...loceng dedang dibunyikan menandakan sidang akan dimulakan bila-bila masa dari sekarang.

47 mangsa banjir di Setiu masih berada di pusat pemindahan

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Seramai 47 orang daripada 11 keluarga mangsa banjir dari Kampung Tasik Setiu yang dipindahkan pagi semalam masih berada di pusat pemindahan di balai raya kampung itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata, jumlah itu mungkin bertambah kerana masih ada mangsa banjir yang sedang dipindahkan.

Beliau berkata, mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu seramai 13 orang dan empat orang di Marang yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi semalam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, malam tadi.
"Ini berikutan air di kawasan rumah mereka sudah surut," katanya.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan kelmarin menyebabkan kawasan rendah dinaiki air dan berlaku banjir di daerah berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air Sungai Nerus pagi ini melepasi paras bahaya.

Jurucakapnya berkata, mengikut bacaan pada jam 8 pagi ini, di Kampung Langkap paras air mencecah 21.53 meter (bahaya 21.5 meter) dan di Kampung Bukit 12.94 meter (bahaya 12 meter).

Bagaimanapun, katanya paras air di sungaii utama di daerah lain masih berada di bawah paras biasa.

Keadaan cuaca di Terengganu pagi ini hujan renyai-renyai disusuli dengan angin kencang. - BERNAMA

Nik Aziz: ‘Akhbar Umno guna isu Kelantan bersihkan najis lembu’

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta,” kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.

Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, “nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak.”

“Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

“Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT,” kata beliau lagi mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia, akhbar edisi keluaran Kumpulan Utusan semalam.

Nik Aziz menulis, “saya telah ditanya pagi tadi selepas mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 (semalam) yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’.

“Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Mingguan Malaysia yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau menganggap masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Namun, tegas Nik Aziz, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Sambil berkata akhbar tersebut telah menyorok beberapa fakta sebenar, Nik Aziz menambah, “pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.”

“Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

“Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan e-coli yang terdapat dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88 peratus. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus),” katanya lagi.

Selain itu kata Nik Aziz, beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi empat peratus, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi e-coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

“Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

“Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?” kata beliau lagi.

malaysian insider/-