02 September 2011

Apa sudah jadi, bendera sudah jadi baju !


4 Syawal 1432H. [MOD] - Kejadian pada 30 OGOS 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Mohan Parameswaran yang berpakaian baju Melayu menggunakan Jalur Gemilang semasa hadir pada rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Adakah dalam tempoh 54 tahun kita menyambut kemerdekaan, jalur gemilang sudah layak dijadikan baju ataupun pembalut barang. Nampaknya ada yang melepas gian bila gagal melihat bendera dikibarkan dikenderaan lalu bendera negara dijadikan baju pula.

Nampaknya apa saya yang dilakukan oleh penyokong BN adalah halal dan tidak jadi masalah, apa lagi hendak diisukan, termasukan kejadian dalam gambar di atas.

Kalaulah ianya dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan dalam majlis sambutan Hari Raya oleh pemimpin PAS atau PKR apa lagi melibatkan DAP, mungkin akan heboh seantaro dunia sehingga pecah kaca TV dan speaker radio mengatakan macam-macam kepada Pakatan Rakyat. Pengkhianat negaraalah, komunis lah, buang warganegara lah, blaa.....blaaa....

Semuga Rakyat menjadi pemerhati yang sangat matang dengan tingkah laku pemimpin BN dan menghukum mereka dalam PRU akan datang dengan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan Malaysia negara yang kita cintai.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu teori YB ke dh jadi betul2? ce YB cube try test pakai baju camtu..
kl xpun YB minta siape2 tlg pakai.
kl betul jd mcm tu barulah terbukti ape yg yb cakap tu..
kl xjd..apa yg YB tulis ni mcm rekaan je la..satu fantasi
pls compare apple to apple YB..

Tanpa Nama berkata...

x salah jadikan bendera sebagai baju....bendera tu bukannya ada nilai pun....rm2 je....boleh buat swimming sut lagi tu....apa ada pada bendera????....kain je

Tanpa Nama berkata...

boleh ke kita kata perbuatan tu satu kezaliman kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. walaupun remeh tetapi ciri cirinya tetap ada.walaupun nampak pada zahirnya elok tetapi nilai dan tahap penghormatan telah jatuh.contohnya seperti raja jadi peminta sedekah, status raja tak hilang tetapi mengaibkan rakyat dan marwah pemerentahannya