21 Februari 2008

Kenapa Negara Kebajikan PAS di Pertikaikan ?

Sejak PAS mendedahkan Mernifesto nya kali ini iaitu Negara Berkebajikan, ianya menjadi suaut berita hangat dan diperkatakan hampir semua pimpinan UMNO. Rata-rata memutar belit dan memperlikehkan tawaran yang terbaik itu.
Terkini Utusan memutar belit kenyataan Naib Presiden Pas yang kononnya mengakui PAS tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.
Inilah bukti ketakutan yang amat sangat kepada suaut tawaran yang telah dilihat oleh rakyat sebagai suatu yang masuk akal dan kebanyakannya telah direalisasikan di Kelantan.

PAS siap untuk rampas kembali .

Bahang Pilihanraya Umum ke 12 kini pada peringkat sampai ke tulang hitam kerana tarikhnya telahpun diketahui iaitu pada 8 Mac akan datang. Sementara itu hari penamaan calon ialah pada 24 Februari terdekat.


Menurut sumber yang diperolihi Parti Islam Semalaysia(PAS) di kawasan ini telah lama menggerakakan jenteranya untuk menghadapi hari bersejarah yang diadakan paling lewat 5 tahun sekali. Gerak kerja yang lebih teratur dan kerjasama yang mantap antara para petugas disemua Unit Peti Undi (UPU) menyakinkan lagi harapan tersebut.

Selain itu faktor yang tidak boleh diambil ringan ialah faktor siapakah calon dari parti PAS dan siapa pula calon dari BN. Semuanya akan terjawab dalam waktu terdekat. Kita yakin semua pihak akan mengumumkannya dalam waktu terdekat.

PAS telah mengesahkan untuk bertanding di Parlimen Parit Buntar dan di DUN Titi Serong. Kedua-dua kerusi ini telah dimenangi oleh calon dari PAS pada PR ke 10 tahun 1999 iaitu, Datuk Dr. Hassan Ali dan Sdr. Azhar Shahrin. namun begitu mereka gagal untuk mempertahankannya pada PR ke 11 pada tahun 2004. Begitu juga cubaan PAS mempertaruhkan calon barunya pada masa itu, Drs. Khalil Idham Lim untuk bertanding di DUN Kuala Kurau pada tahun yang sama juga dikalahkan oleh calon dari BN.

BN yakin tiada masalah pertahan kerusi di Parit Buntar ?

PARIT BUNTAR 20 Feb. - Barisan Nasional (BN) menerusi komponennya, UMNO dijangka tidak menghadapi masalah untuk berhadapan dengan parti pembangkang Pas dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Ini kerana masalah utama sebahagian besar penduduk seperti kemiskinan, taraf hidup dan setinggan sememangnya diberi perhatian khusus oleh kerajaan untuk mengatasinya sejak BN menawan semula kerusi Parlimen pada 2004.


Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman berkata, BN sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ kerana masalah utama yang dihadapi sebahagian besar penduduk yang bersawah dan menjadi nelayan sudah diatasi oleh kerajaan.

"Isu di kawasan ini tidak banyak. Buat masa ini hanya isu nasional yang dibawa masuk oleh parti pembangkang nampaknya yang perlu ditangani oleh jentera pilihan raya BN.''Pengundi kita yakin telah dapat melihat rekod wakil BN memberi khidmat dan membawa pembangunan kepada mereka dan akan memberi sokongan kepada BN," katanya.

Beliau yang disebut-sebut akan bertanding semula pada kali ini berkata, tinjauan jentera BN mendapati penduduk berpuas hati dengan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan.

Pada 1999, Datuk Dr. Hassan Ali menang bagi kerusi Parlimen dengan kelebihan 2,094 undi menewaskan Abdul Rahman yang mendapat 13,837 undi."Bagaimanapun saya telah menasihati jentera BN supaya jangan terlalu yakin, adalah penting untuk bekerja keras walaupun pembangkang dianggap lemah," katanya.

Pengaruh Parlimen Parit Buntar yang mempunyai dua kerusi DUN iaitu Titi Serong dan Kuala Kurau sememang mempunyai pengaruh kuat Pas yang telah bertanding sejak dulu lagi.

Parit Buntar yang dikenal pasti antara empat kerusi Parlimen milik BN yang dianggap 'kelabu' pada pilihan raya umum kali ini mempunyai 45,065 pengundi dengan Melayu sebanyak 30,077, Cina pula 12,790 pengundi, India seramai 2,155 serta lain- lain 43 pengundi.

Kekalahan BN pada pilihan raya umum 1999 yang didorong oleh isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi kesan besar kepada penerimaan Pas di kalangan penduduk Parit Buntar.

Ia menyaksikan calon BN, Abdul Latif Mat Ali tumpas kepada calon Pas, Ahmad Azhar Sharin dengan kelebihan undi sebanyak 4,893 undi.

Senario di Kuala Kurau pula mempamerkan Ahmad Shariffuddin A. Aziz, calon BN menewaskan Asman Ismail (Pas) dan Zainuddin Abdul Rashid (Keadilan) dengan majoriti 3,991 undi.

Bagaimanapun, pertembungan 'buku dengan ruas' pada pilihan raya umum 2004 antara Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hassan Ali yang menyaksikan BN merampas semula kerusi itu dengan kelebihan 4,698 undi berbanding Dr. Hassan yang hanya meraih 14,619 undi bagaimanapun tidak menjanjikan impian BN begitu indah bagi pilihan raya umum kali ini.

Bagi kerusi DUN Titi Serong pada 2004, calon Pas Ahmad Azhar Sharin tewas kepada BN yang diwakili Abu Bakar Mat Ali dengan majoriti undi 2,587 manakala DUN Kuala Kurau dimenangi BN yang meletakkan Mohd Salleh Mat Isa yang menumpaskan Dr. Khalil Idham Lim Abdullah (Pas) dan Tan Ah An (DAP) dengan majoriti undi 2,479.

Kemenangan BN itu menjadi tamparan hebat kepada Pas yang mendakwa parlimen itu kubu kuat mereka ditambah pula selepas BN meletakkan kawasan itu sebagai 'kelabu' namun, azam serta usaha BN untuk mempertahankan kemenangan itu adalah semakin jelas dalam pilihan raya umum nanti.

Abdul Rahman berkata, harapan pembangkang untuk memberi saingan semakin sukar apabila UMNO baru-baru ini berjaya menembusi dua kampung yang selama ini menjadi kubu kuat Pas iaitu Kampung Parit Abas Tengah dan Kampung Batu 6, Tanjung Piandang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, kerusi Parit Buntar mempunyai peratusan pengundi Cina dan India yang agak besar dan kemenangan calon BN banyak dibantu oleh sokongan mereka.''Bagaimanapun isu nasional seperti kumpulan pelampau Hindraf telah menghangatkan suasana dan boleh menggugat BN jika pembangkang dapat mempengaruhi dua kelompok pengundi itu,'' katanya.

Pemilihan Abdul Hamid sebagai calon BN pada 2004 disifatkan strategi terbaik BN apabila beliau menjadi giant killer yang turut memberi impak kepada kedua-dua kerusi DUN.
- Bernama

Tajol Rosli pertahankan kerusi DUN Pengkalan Hulu

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.``Saya kekal bertanding di kawasan ini,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Dewan Bandaran di sini hari ini.